Assalamualaikum.
Blog ni dah berhabuk kan? Aku dah nampak lipas-lipas, semut-semut berkeliaran dalam blog ni, menunjukkan betapa tak teraturnya, haha. Salahkan admin blog ya, aku tumpang tulis je, hehe. Sebelum aku masuk ke isi utama entri aku, nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang baca dan semua penulis blog ni. Eh, baru ucapan hari raya tau, belum raya lagi, ada puasa lagi. Maaf kalau ada antara entri aku yang mengguris hati, cewah. Baru 3 entri aku taip, macam banyak pulak.
Cinta kronik, hah korang pernah dengar tak tentang cinta kronik? Kalau pernah, boleh tolong cerita kat aku tak? Aku pun tak pernah dengar, hehe. Bagi aku cinta tu tak kronik, tapi yang kroniknya orang yang bercinta ni. Mari aku senaraikan beberapa situasi yang menunjukkan orang yang bercinta tu sedang kronik.
#1- Apa pun tak boleh
Hah, yang ini merupakan antara perkara yang paling aku tak suka mengenai orang yang bercinta ni. Maksud aku bagi yang belum berkahwin. Yang dah berkahwin aku tak kisah langsung. Apa pun tak boleh. Nak buat itu, ini, semuanya kena ada keizinan. Ceh, mak bapak punya keizinan tak mintak, tapi keizinan bf/gf pulak yang kau sibuk nak cari.
"B, i nak keluar makan dengan kawan-kawan ni, boleh ke?"
"B, i nak minum air coke botol besar, u bagi tak i minum? U tak minum coke kan, so i nak taulah kalau u marah i minum"
"Yang, abang nak pergi masjid, boleh?"
Err, yang terakhir tu ada ke orang buat? Memang aku tak puas hati langsung dengan orang yang berpacaran sampai tahap macam ni. Ada ke patut nak mintak keizinan bagai kan? Hello, kau belum kahwin, kau kena mintak keizinan mak ayah dulu ok. Diorang yang tanggung kau, diorang yang bertanggungjawab ke atas kau.
"Seorang wanita wajib mematuhi ibu bapa sebelum berkahwin, dan wajib mematuhi suami mereka lebih dari ibu bapa selepas berkahwin. Lelaki wajib mematuhi ibu bapa mereka samada sebelum atau selepas berkahwin"
Hah, sekadar untuk peringatan.
#2- Tak ada orang lain dalam hidup
Ok, ini pun termasuk dalam kategori menyampah tahap tertinggi, dalam senarai aku. Hidup dia tak ada orang lain, hanya kekasih dia. Kawan-kawan? No, i don't have any. Mak ayah? Err, mak ayah kat kampung, balik kampung baru aku ingat diorang. Tuhan? Gulp, no komen.
Aku bagi contoh situasilah:
Mat: "Weh, jomlah lepak kedai mamak. Minum petang. Aku dengar mamak tu buat amal jariah hari ni, air kosong percuma. Selalu bayar 20 sen"
Min: "Sorilah weh, aku nak keluar dengan awek aku ni"
Mat: "Oh ok, kalau macam tu malamlah kita minum. Malam kita pergi KFC. Aku dengar ada sos percuma malam ni. Jimat sikit duit"
Min: "Malam ni aku nak bawak awek aku dinner pulak"
Mat: "Oh ye ke. Kalau macam tu kau pergi duduk serumah dengan awek kaulah senang"
Nampak tak? Hidup ni macam dah tak ada orang lain sekeliling dia. Asyik-asyik dengan kekasih sepanjang masa. Nanti bila susah, bila dah putus, baru nak sengsara. Ada satu lagi situasi ni:
Mot: "Weh Man, kitorang nak balik kampung ni. Nak ikut? Aku tengok kau dah lama tak balik kampung"
Man: "Alah, aku malaslah nak balik. Leceh nak balik sekejap ni. Kalau cuti panjang takpelah aku balik. Lagipun aku ada hal ni"
Mot: "Hal apa pulak?"
Man: "Aku nak bawak awek aku beli selipar esok, kat Times Square"
Mot: "Oh ye ke. Kalau macam tu kau balik bila diorang dah meninggal nantilah senang. Bawak awek kau sekali ok"
Bila mak dan ayah pun dah diketepikan, macam mana tu? Nak berkasih tu biarlah berpada-pada kan, janganlah sampai tahap mengetepikan mak ayah sendiri. Nanti bila diorang dah tak ada lagi, baru nak datang sujud kat jenazah, nak meraung kat kubur, tak guna dah. Peh drama sangat.
"Apabila seseorang meninggalkan dunia ini, akan terputus segala amalan kecuali 3:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang disampaikan
3. Anak yang soleh
Jadi, tak mahu ke tolong ibu bapa kita kelak di akhirat? Barulah anak-anak kita nanti akan turut sama membantu kita.
#3- Pak turut
Situasi pak turut ini juga sangat mengganggu bagi aku. Apa yang aku maksudkan adalah apa saja yang kekasih dia pinta, semua dia akan buat. Tak kiralah samada memenatkan dia atau menyusahkan dia sekalipun, tetap dia akan buat semata-mata kerana rasa sayang yang tak bertempat tu.
A: "Weh, kau nak pergi mana siap pakai lawa-lawa ni?"
B: "Aku nak keluar dengan pakwe aku. Dia mintak tolong teman beli barang"
A: "Tapi kejap lagi kan ada kelas. Kau tak pergi ke?"
B: "Tak apalah, baru 13 kali aku ponteng. Puan cakap ponteng 14 kali baru kena tahan masuk exam"
A: "Baik kau berhenti belajar je, lagi senang"
Hah tengok tu. Sudah jelas dan ketara, bahawa ada benda yang lebih penting daripada kekasih dia, tapi dia tetap tak mahu jugak nak faham. Orang macam ni aku klasifikasikan sebagai orang buta yang boleh melihat. Boleh lihat, tapi buta hatinya.
C: "Err, aku nak pinjam duit boleh? Hujung bulan ni aku dapat gaji, aku bayar balik kat kau"
D: "Kau nak buat apa dengan duit tu?"
C: "Aku nak belikan awek aku baju ni. Semalam dia mintak aku belikan. Tapi duit aku dah tak cukup"
D: "Dah tau tak cukup, buat apa kau nak belikan? Cakaplah kau tak ada duit. Suruh dia beli sendiri sudah"
C: "Alah, nanti dia marah aku. Lagipun aku sayang dia"
D: "Hah, eloklah tu. Kalau macam tu kau kerja je dengan dia, biar dia bayar gaji kau. Lepas tu kau belanja dia guna duit gaji kau yang dia bayar tu"
Ini juga adalah situasi bercinta yang pelik. Tak tahulah kenapa ada yang sanggup buat macam ni, semata-mata kerana cinta yang belum tentu kekal selamanya.
Cukuplah 3 je aku taip. Aku dah cukup emosi masa taip entri ni, haha. Nanti kalau taip banyak-banyak ada yang tercabut huruf-huruf kat keyboard ni nanti. Jadi, ada antara korang yang buat macam ni? Aku rasa tak ada kot, kalau ada tu harap korang berubahlah. Aku tak mahu minta maaf untuk entri ni, haha.
Sekian saja, wassalam. Terima kasih sudi baca. Sayang lebih kalau korang share dan like entri ni, hehehe.
pesan aku: perkataan ganas pada tajuk tu sekadar nak buat kejutan, tak ada kaitan pun, hehe.
-Fitri-
6 orang berbicara:
gilaaaaaaaaaaaa rimas dengan orang yang macam nie, aku yang tak bercinta (ehh2) nie pun rimas tengok spesies2 cenggini
seriously rimassssssss ++++ tahap menyampah, tensen dengan spesies2 macam nie sebabnya benda2 nie ada kat sekeliling aku #sigh =,='
heh baca saja pun dah cukup lemas hahahaha sampai mak ayah pun tauk tepi tu agak melampau la
pak turut tu yg ewyuuuuuuuuuuuuu tu :0 hekhek
wowww.. boleh tahan gak bestnye entry kau ni.. hehehe..
setuju.. aku paling tak suka orang yang terlalu mementingkan makwe/ pakwe dorang.. macam dah sah2 nak kahwin je.. heheheh!!~
saya tak alami semua situasi di atas dengan current bf..maybe sebab masing2 dah matang.
ok.. ok.. dah 29 Sept ni.. :-)
Post a Comment