Thursday, 27 October 2011

manusia benar benar memahami cinta.?

rasa kaku, janggal dan pelik bergabung menjadi satu apabila aku mula menekan papan kekunci lappy serba usang ku ini, ceh wah, bukan aku suka nak bermadah, bukan aku reti nak mengarang ayat berunsur bunga bungaan, yang pasti ayat aku tak juga kaku mahupun hambar. dalam diam aku tak sedar pon aku jadi admin dalam penulisan blog cinta dan manusia, yang aku tahu aku hanya akan menulis apabila datangnya ilham di benak tentang cinta dan manusia, cukup matangkah aku nak menulis.? ehehe, banyak bahan rujukan derrrr.

#1 hati tak mati selagi nyawa tidak terhenti.

secara umumnya, hati adalah sesuatu yang sukar sama sekali untuk dimengerti.! tapi nyatanya jelas terasa sebab kita manusia, tak pernah berpisah dengan hati dan perasaan yang membentuknya cinta, tipulah kalau kau kata kau takde perasaan kasih, hati dan perasaan, CINTA.! Kita memandang manusia lain dengan hati dan seterusnya akan menimbulkan perasaan tak kira lah yang negatif atau positif. kemana mana pon kita dengan hati, yang kadangkala hati diseliputi oleh egois dalam diri.


aku bukan pandai sangat nak tulis bab hati dan perasaan, cuma kalau kau nak tanya pendapat aku boleh lah, bagi aku, aku tak perlukan pengalaman diri yang terlebih lebih, tapi kebiasaannya aku pandang benda benda macam ni pada keadaan sekeliling. TAPI, bukan aku takde perasaan untuk berkasih kasih, hehe, mesti ada punya.!

#2 cinta sahabat atau cinta kekasih.?

rasanya perkara macam ni dah selalu berlaku, betul tak.? aku pon dah tengok depan mata, kerana cinta beruk, persahabatan yang bermakna terlerai. bodohkah sahabat tu kerana memutuskan perhubungan baik kita.? entah, yang pasti kau kene buat refleksi diri setiap kali sebelum tidur, mungkin lepas tu kau paham kenapa, entah, kadang kita tak sedar apakah keputusan yang baik untuk kita. sama ada sahabat atau kekasih. aish entah, jangan berlaku kat aku sudah. tapi kalau aku, malas nak pikir, mintak semua berkawan dengan aku cukup, tak payah pening pening. yang paling penting jangan pernah sesekali kau melarikan diri daripada masalah yang kau lalui.

sekali lagi aku cakap, bukan mudah bagi aku untuk menulis sebuah penulisan sebegini, apatah lagi apabila menulis aku akan pastikan hati, jiwa dan perasaan bersemi bersama sama penulisan aku. percayalah dari sebelum cerita slot dekat TV3 #soffiya tu start, sampai lah habis, penulisan aku masih lagi tergagap gagap,

#3 cinta tidak jelas.?

ok ini normal, memana pon first impression seseorang adalah dari wajahnya, from their appearance, bak kata bebudak zaman sekarang, dari mata turun ke hati, dari hati turun ke.? . . . . ., itu hanya mereka je yang tahu. tapi pernah tak orang tengok dari hatinya.? ehh, bangga nya kalau kita dapat perfect person sebagai pasangan. tapi, tiada manusia yang sempurna pon dalam dunia ni, tapi aku dapat info yang perempuan pandai, kene kahwin dengan lelaki kurang pandai, begitu jugak sebaliknya, ehehhh, aku tak tahu lah kesahihan info ni. so, kalau kau nak jelas tentang sesuatu perhubungan, kenal dulu hati budi dia. faham dulu dia orangnya macam mana.

perhubungan yang berjaya adalah berdasarkan kepercayaan dan kefahaman. jangan terlalu ikutkan ego, ego tak menunjukkan kita adalah jaguh.

HEHE, aku rasa sebelum aku berceloteh lebih panjang, sebelum aku lebih terpesong, dan sebelum aku lebih mengarut, adalah lebih baik aku habiskan penulisan aku sampai sini. penulisan ini mungkin ada yang tersurat, dan juga yang tersirat. so buka minda luas luas tentang perhubungan cinta dan manusia.

sekian sahaja dari aku, 

boleh jengah jengah blog aku melalui link ni --> http://fenderofizbetalife.blogspot.com/ 

boleh jugak bertweet aku melalui id tweet aku --> https://twitter.com/ShyahIzbeta

facebook.? whoih, aku tak main facebook sementara waktu ni. HAHA, kem salam lah nak facebook aku, nanti timing yang elok baru aku tayang tayang facebook aku..

- Izbeta Shyah -

sudah baca thank you =)

1 orang berbicara:

vendoline said... BALAS

bab cinta tak jelas tu..mmg kene kenal hbis2..sebab nak spend time rest of our life kot

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA