Assalamualaikum.
Nora Elena, siri drama yang hangat dibicarakan kerana kisahnya yang sangat romantis. Biasalah, siri diadaptasi daripada novel kan? Aku tak tahu sebab aku tak tengok pun. Drama ni berjaya membuatkan ramai wanita tergila-gilakan lelaki seperti Seth Tan (nasib bukan SETAN). Ok, kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal Nora Elena pulak ni?
Aku tertarik dengan ayat yang digunakan dalam cerita ni. Ok, untuk makluman sekali lagi, aku tak tengok cerita ni, aku cuma nampak orang taip berlambak-lambak kat facebook tu hah, haha. Ayat yang aku rasa paling popularlah, "kita harus mencintai orang yang mencintai kita, bukannya orang yang kita cintai".
Tapi bagi aku, ayat ini tak sesuai diamalkan. Hanya untuk sesetengah kes sahaja. Mengapa aku kata begitu? Ok, cuba lihat gambaran yang aku beri:
Kredit doodle kepada Zati dan Lappy
Haha, agak-agak faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Ok, contohnya macam di ataslah, semuanya berkaitan. Jadi bila cerita ni nak habis? Siapa yang akan berkahwin dengan siapa? Sebenarnya, aku cuma nak beri pendapat mengenai pegangan yang diberi itulah. Mencintai orang yang mencintai kita. Bukan setiap keadaan kita boleh terima pegangan tu.
Kadang-kadang kita perlu untuk menolak cinta orang yang mencintai kita, untuk kebahagiaan orang tersebut sendiri. Maksudnya di sini, rela untuk melepaskan, jika semuanya adalah untuk kebaikan. Ada sesetengah kes, cinta tak boleh diteruskan kerana halangan-halangan tertentu. Tak perlu untuk aku nyatakan di sini apa halangan-halangan tersebut. Jadi, keputusan yang sukar untuk dibuat, harus juga diterima, demi kebaikan bersama. Mencintai tak semestinya memiliki bukan?
Cukup sampai di sini rasanya. Bagaimana caranya untuk mengelakkan diri daripada merasa tertekan dan kecewa berlebihan kerana cinta? Itu akan aku ceritakan di waktu akan datang. Sekian, terima kasih, wassalam.
pesan aku: Cinta itu indah, kalau cara mengawalnya betul =)
-Fitri-
6 orang berbicara:
complicated situation hurmm...
2 kali baca baru aku paham. haha
@syazwan
hoyeah hoyeah ada geng hahaha, sama2, dua kali baca baru faham (aku ingatkan aku sorang je, rupanya aku tak lampi mana pon kahkah)
bila dah baca 2 kali baru trafik lebih. muahaha. tak ada lah, aku memang suka buat orang fikir pasal entri aku. hahahaha
kartun yg sangat comel... suker sangat
huhuhu boleyh tahan...
Post a Comment