Wednesday 15 June 2011

Definisi cinta

Assalamualaikum.

Hai kepada pembaca blog ini. Aku penulis baru di sini, berhasrat untuk turut menjadi orang yang jiwang, haha, tidak. Segala penulisan di sini berbeza dengan penulisan di blog utama, harap tidak dipersoalkan mengapa. 

Bila disebut tentang cinta, apa yang orang akan fikirkan? Majoriti akan teringat kepada kekasih hati masing-masing, tak kiralah kekasihnya itu si Jah yang cantik, Ina yang tinggi, Zaiton yang sopan, mahupun janda pujaan hati di kampung. Tapi sedar ke kita betapa sebenarnya definisi cinta itu sendiri dah berubah dek pergerakan zaman? Jadi, sempena entri pertama penulisan aku, mari kita lihat definisi cinta yang ada dari sisi pandangan aku sendiri:

1. Cinta hakiki
Cinta hakiki hanya satu, iaitu cinta kepada Allah S.W.T sebagai pencipta.

2. Cinta teragung
Cinta teragung hanyalah cinta Rasulullah kepada umatnya. Istilah cinta teragung tidak wujud sesama kita manusia biasa.

3. Cinta Mati
Cinta mati bermaksud cinta yang membawa ke mati dan tak luput, iaitu cinta ibu bapa kepada anak-anak mereka.

4. Cinta Suci
Cinta suci adalah cinta pasangan suami isteri yang telah halal dinikahkan. Sucinya cinta sebab hubungan itu adalah hubungan yang dihalalkan.

5. Cinta Monyet
Cinta monyet, cinta zaman persekolahan yang majoritinya tidak kekal.

6. Cinta Sakti
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Def Gab C

7. Cinta Gila
Cinta antara insan yang kurang waras. Cinta gila juga adalah lagu nyanyian kumpulan indie, Grey Sky Morning

8. Cinta ku tertinggal di Malaysia
Cinta oleh warga asing yang meninggalkan pasangan/isteri di Malaysia. Juga sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpelan Dewa 19

9. Cinta SMS
Cinta yang tidak patut diteruskan. 24/7 sms, tetapi tak pernah jumpa walaupun sekali, sudah mengisytiharkan diri sebagai pasangan.

10. Cinta Cyber
Cinta alam maya. Pernah menjadi bualan hangat beberapa tahun yang lepas, ketika teknologi IT baru meningkat maju di Malaysia. Cinta ini boleh mengundang padah apabila berlaku banyak kes-kes penipuan.

Sekian, wassalam

pesan aku: Nak bercinta biar dengan cara yang betul, jangan hanyut kerana cinta.

-Fitri-




sudah baca thank you =)

4 orang berbicara:

Haikal Blank said... BALAS

hahaha admin kena buat link penulis kat tepi...baru senang

@cik_ezati said... BALAS

@Simpleblanklife
nama penulis beserta link aku dah sediakan kat tab atas tu haikal oii :P

Nazrul Ashraff said... BALAS

aku nak jadi penulis gak! hee. masukkan nama aku.. haha..

@cik_ezati said... BALAS

@naz wow heheheh, oke t aku invite kau melalui emel =)

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA