Wednesday 9 November 2011

Cinta [Antara Kebodohan dan Pengorbanan]

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lamanya tak merepek dalam blog ni. Aku tak tahu kenapa blog ni suram sangat. Kena bincang dengan pemilik asal blog ni. Ok, seriusnya aku nak meluahkan perasaan tak puas hati aku, sebab tu aku taip entri kali ni, hehehe.

"Ada beza antara kebodohan dan pengorbanan"

Ayat ni aku dapat masa tonton video Mathluthfi90 yang terbaru. Kali pertama dengar aku dah suka dengan ayat ni dan secara asasnya idea untuk entri ini datang daripada ayat ni jugak. Jadi, mari aku terangkan persepsi aku tentang kebodohan ataupun pengorbanan semasa bercinta ni.

Ramai orang yang bercinta seringkali tersalah anggap mengenai persepsi pengorbanan dalam bercinta. Sebab tu selalu kita dengar pepatah cinta itu buta. Aku tak tahulah siapa yang mulakan pepatah tu, yang pasti aku tak bersetuju langsung. Cuba tengok situasi orang-orang bercinta yang menghalalkan bermacam-macam perbuatan yang sebenarnya tak layak pun untuk mereka buat.

Ok, ayat yang memeningkan di situ, hehe. Maksud aku di sini adalah, apabila pasangan kekasih ini bersikap seperti mereka sudah berkahwin walhal tak ada ikatan sah lagi pun. Macam biasa, cara aku adalah dengan menyenaraikan situasi untuk penerangan.

1. Anniversary/Ulangtahun

Maaf, aku benar-benar tak faham kenapa pasangan kekasih sambut ulangtahun perkenalan. Romantik? Oh tidak. Bagi aku masa yang sesuai untuk menyambut ulangtahun perkenalan adalah selepas sudah halal menjadi pasangan, iaitu selepas berkahwin (akan jadi ulangtahun perkahwinanlah). Cukuplah kalau sekadar ingat tarikh perkenalan tu. 
 
"Romantiklah oi, kalau pakwe aku bagi kejutan masa sambut ulangtahun. Aku rasa dihargai."

Ada orang tak kisah berhabis duit untuk kekasih mereka. Tapi bagi aku, daripada kau berhabis duit untuk buat sambutan majlis ulangtahun tu, lebih baik kalau kau kumpul duit bagi cukup persediaan untuk berkahwin. Lebih cepat kau kahwin, lebih baik. Lebih cepat kau menjauhi zina.

2. Masa i, harta i, semua untuk u

Ini kisahnya sama dengan entri-entri sebelum ni. Sanggup buat apa saja demi kekasih. Oh tolonglah, ada orang yang sanggup buang tenaga ambil dan hantar kekasih pergi kerja. Ada orang yang sanggup belikan apa saja yang kekasih dia minta. Ada orang yang sanggup berhabis duit semata-mata nak penuhi kehendak kekasih dia. Hei kau, baru berpasanganlah, belum berkahwin. 

Kelakuan mengalahkan orang yang dah berkahwin. Malah ada orang yang dah berkahwin pun tak buat macam tu. Tolonglah ingat, hidup ni bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak cinta sahaja. Rasa tanggungjawab kepada kekasih mungkin dah ada, tapi macam mana dengan tanggungjawab kau pada yang lain? Tanggungjawab kepada agama, kepada masyarakat, keluarga dan kawan-kawan kau? Aku tak nak terangkan mengenai tanggungjawab tu, sebab rasanya semua orang pun tahu kan.

3. Kebodohan paling ketara -zina

Maaf, aku agak tegas mengenai perkara ni. Ramai yang berpasangan melakukan zina. Zina tu bukan sahaja yang kau orang tengok dalam surat khabar dan berita, tapi banyak lagi. Sebenarnya mereka ni tahu, tapi disebabkan sudah hanyut dengan cinta, tutup sebelah mata. Bila orang marah, dikatanya cinta mereka suci, tak ada buat apa-apa pun.
Berpegang tangan contohnya, sering saja diamalkan. Wajib ke bersentuhan kalau keluar? Wajib pegang tangan?Aku tak nak ulas lebih bab ni, sebab semua tahu tapi ramai yang buat-buat tak tahu. Bila berpasangan, yang haram dihalalkan. Kalau keluar bertemu janji tapi tak lepas solat sekalipun, kalau bersentuhan tu tetap berdosa jugak. Aku sedih bila tengok pasangan muslim yang keluar dengan menutup aurat elok, tetapi masih berpegangan tangan. Itu cuma menunjukkan bahawa kita hanya ambil berat mengenai aurat, tetapi bab zina? Bukan bermakna yang tak tutup aurat boleh juga melakukannya, faham sendirilah ya?

Berkorban untuk percintaan

Bagi aku, pengorbanan sebenar ketika mencintai seseorang adalah apabila kau sanggup untuk bersedia menjadi suami/isteri dengan segera. Maksudnya di sini adalah berkahwin awal. Ada orang yang menggunakan alasan tidak bersedia untuk mengelak dari berkahwin awal. Tapi sebenarnya, sejauh mana kau sudah memulakan untuk bersedia?
Bagi seorang lelaki, dia harus bersedia untuk menjadi khalifah dalam keluarga. Persiapkan diri dengan ilmu, harta (sekadar jaminan) untuk membimbing seorang isteri. Belajar untuk jadi seorang imam, belajar untuk mengetahui batasan kehidupan seorang suami dan isteri, belajar untuk menerima tanggungjawab kepada isteri dan juga ibu bapa. Berkorban demi untuk membina sebuah keluarga, bukannya berkorban demi menjaga seorang kekasih.

Bagi seorang isteri, dia harus bersedia secara rohaninya untuk menjadi milik seseorang. Jadi kekasih amat mudah, tak perlu bertanggungjawab, tetapi untuk menjadi seorang isteri memerlukan persediaan. Perlu bersedia melayan suami, bersedia meninggalkan keseronokan bersama kawan-kawan, bersedia untuk berhias demi suami sahaja, bersedia untuk belajar memasak, mengemas rumah, menyambut suami. Ini sememangnya tanggungjawab seorang isteri. Wajib mematuhi arahan suami selagi tak bertentangan dengan syariat. Antara ibu bapa dan suami,seorang isteri mesti mendahulukan suaminya. Berkorban segala keseronokan untuk menjadi pendamping seorang suami, bukan berkorban demi memuaskan kehendak kekasih.

Nampak tak perbezaan yang aku cuba sampaikan ni? maaflah, aku memang tak pandai tak terangkan dengan jelas. Bagi aku, semua orang mampu untuk berkasih, tapi tak semua orang mampu untuk berkahwin, kerana berkahwin memerlukan pengorbanan. Cinta yang sejati bermula dari perkahwinan yang suci. Kahwinlah awal, jika benar kamu menyayangi kekasih kamu. Jika tidak, tinggalkanlah buat sementara dan persiapkan diri untuk berkahwin. Andai jodoh itu ada, tak akan terlepas cinta kamu berdua.

Sekian, wassalam.

#Kahwin awal mengelakkan zina

sudah baca thank you =)

8 orang berbicara:

Imran@Copenhagen said... BALAS

nice post!

Cikrosecute said... BALAS

follow sini dear nice entry..

Sharina Fadzil said... BALAS

setuju! :)

Jo-Blogger said... BALAS

singgah sini ye.

hamzah ian said... BALAS

itu lah pasal.. bila bercinta semua benda gila jadi..

vendoline said... BALAS

sabar2..jgn emo sgt.
hurmmm
bab zina tu mmg betul la
tp bab anniversary,. ape salhnye nak celeb selagi tak langgar hukum

vendoline said... BALAS

dtg komen cari entry baru

vendoline said... BALAS

dtg cari update baru lg.ehhehe

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA