Friday 1 July 2011

Bodohnya kau masa bercinta

Assalamualaikum.

Siapa di sini yang sedang hangat bercinta? Hangat seumpama nasi yang baru siap digoreng, eh apa aku mengarut ni. Ok, terus kepada isi utama.Siapa di antara anda semua yang sedang bercinta bagai nak rak, atau baru ingin merasai suasana bercinta? Mesti seronok semuanya. Hari-hari berbual di telefon, sms, skype, ym, webcam, dan berutus surat?

Ya, sewaktu cinta itu sedang hangat membara, semuanya indah belaka bukan? Kalau boleh semua benda ingin dilakukan bersama, semua benda ingin dilaporkan.

"Sayang, abang baru sudah makan"

"Sayang, abang baru sudah basuh tangan"

"Abang, sayang baru nak duduk kat kerusi malas"

"Abang, sayang baru bukak kasut"

Oh, prihatin sungguh kekasih aku ini. Semua perkara dilaporkan kepada aku. Tak rimas ke buat semua ni? Setiap masa nak berbual, nak buat laporan. Sampai kawan-kawan pun kadang-kadang dah dilupakan. 

"Ah, kau cemburulah tu, tak ada kekasih hati lagi"

Ini bukan soal cemburu, tetapi soal kepekaan. Kalau ya pun kau tak rimas dengan apa yang kau buat, orang di sekeliling kau rimas. Kalau dah seronok bercinta, sampaikan lupa tanggungjawab terhadap agama, lupa cara untuk bergaul dengan kawan-kawan, lupakan tanggungjawab terhadap ibu bapa, lupakan segala-galanya melainkan cinta, apa sucikah cinta kau tu?

Tolonglah, kau kena ingat, sejauh mana kau mengharap pada cinta kau tu? Kau yakin ke jodoh kau dengan dia ada? Jangan lupalah, jodoh, ajal dan maut, semuanya di tangan tuhan. Sebaik saja manusia itu dilahirkan, 2 perkara telah dicatitkan mengenainya. Tarikh kematiannya dan siapa jodohnya. Ada satu lagi sebenarnya, tapi aku terlupa, maaf. 

Aku tak cemburu langsung dengan kau, sebab kau ada kekasih, tetapi tidak aku. Sebabnya, aku percaya pada ketetapan jodoh, dan aku memang mengelak untuk menaruh harapan yang terlampau tinggi pada mana-mana perhubungan. Aku juga pada hakikatnya percaya bahawa bercinta selepas berkahwin lebih indah, tapi mungkin aku sudah berubah fikiran sedikit. 

Ya, pada entri aku sebelum ini, aku ada menyatakan akan bercerita mengenai bagaimana cara untuk mengelakkan diri  dari kecewa kerana cinta. Inilah salah satu cara terbaik untuk mengelakkan kekecewaan melampau, iaitu berhenti dari obses kerana cinta. Ya, tak semestinya kau akan putus hubungan, mungkin kau akan berhubungan sehingga ke jinjang pelamin. Tapi, obses terhadap cinta ini juga sebenarnya boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar, selain daripada risiko kekecewaan melampau.

Kau akan terjebak dengan masalah lupa. Lupa apa? Lupakan solat, lupakan batas-batas antara kau dan dia. Kau sudah menjadi kekasih, tetapi bukannya suami isteri. Jadi tak perlulah pegang tangan, ambil gambar sambil bersentuhan pipi, berpelukan, dan bla bla bla. Kau tahu apa lagi yang ada kan?

Sebenarnya panjang lagi yang ingin aku katakan di sini, tapi aku rasa tak ramai yang mahu baca entri panjang-panjang, jadi aku hentikan sampai di sini. Kepada yang terasa dengan entri ini, jika ada, memang aku saja buat begitu. Sebabnya aku ingin sedarkan kamu semua dari lamunan kemanisan cinta yang kamu katakan. Cinta sangat manis, tapi jika berlaku sepertimana yang aku katakan tadi, itu bukan lagi manis, tapi cinta terlarang namanya. Cinta-cinta begitulah yang sebenarnya mengundang kepada permasalahan sosial, walaupun kau menafikan.

Sekian, terima kasih, wassalam.

pesan aku: cinta kepada Allah, sentiasa indah, nak berbual panjang-panjang pun tak ada yang melarang :)

sudah baca thank you =)

13 orang berbicara:

@cik_ezati said... BALAS

hahahaha tergelak bila baca bab melapor tu, obses bercinta sampaikan bukak kasut pun nak bagitahu *walaupun ianya hanya sebagai satu contoh*

tapi memang betul pun rimas, asyik dengan cinta je, Tuhan pun kau campak apetah lagi family dan juga kengkawan kau? haremmmm *teringat dengan orang yang berperangai serupa begitu*

berpada-pada bila bercinta ^^

azie esa said... BALAS

sokong sgt dgn entry nh! nk bercinta pn agk2 la..jgn lupa diri..

Ibu Ammar said... BALAS

bercinta bercinta jugak, kerja lain jangan di lupa. senang kata. jangan mabuk bercinta. bercintalah dengan waras.

#PTSB said... BALAS

betul betul ! naseb baek saya single ! haha !

NurWahidah Abdullah said... BALAS

hmm..skrg nh rmai sgt yg tanpa segan silu..pegang2 tgn sdgkan belum sah lagi...

Dkna Abza said... BALAS

dkna yakin dengan ketentuhan Tuhan. ajal maut jodoh pertemuan Dia yang tentukan. sehingga kini dkna masih menunggu jodoh dariNya :)

Cik Rimau said... BALAS

yer.. cik rimau sokong.. cik rimau pantang btul lau nmpak kwn2 yg over sgt dgn awek or pakwe dorg smpai lupe kwn.. penah ade pngalaman.. mmg berbulu je.. tgur krg mrh.. xtgur makin mnjadi2.. nk brcinta lantak korg la.. tp jgn la smpai over.. rimas tau x.. huhu

Unknown said... BALAS

saya tak terfikir nak bercinta. muda lagi. obses bercinta, mcm dah serasi dengan remaja.
http://salwaismail.blogspot.com

dillaazman said... BALAS

ok...entri best.hehe!

Izbeta Shyah said... BALAS

MANTOP....!!!

Unknown said... BALAS

huh, jujurnya kte bercinta jugak tapi takde pun mereport2 nih..biasa jeh..
contact pun takdelah hari2..huhu

cik solehah said... BALAS

haha3..nice entry..thanks singgah blog saya smlam ^^

!meimei cik ayu! said... BALAS

single..no problem..no relationship..:)

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA