Friday, 10 June 2011

WAHAI SANG PUTERI

WAHAI PUTERI
TIADA CINTA MANUSIA LAIN
YANG HADIR DALAM DIRI INI
MEMBUKA TABIR CINTA ADAM DAN HAWA
YANG TELAH TERSIMPAN RAPI LAMANYA

WAHAI PUTERI
KAU INSAN YANG KUKASIHI
KAU KASIH YANG KURINDUI
KAU RINDU YANG KUMIMPI
KAU MIMPI YANG KUNANTI

WAHAI PUTERI
KU POHON PETUNJUK ILLAHI
MENGHARAPKAN TEMAN SEHIDUP SEMATI
KU PINTA ANUGERAH ILLAHI
MENGHARAPKAN CINTA YANG KEKAL ABADI

WAHAI PUTERI
AKAN KUDERETKAN KALIMAH CINTAKU
MENITI AWAN-AWAN ARCA DIRIMU
AKAN KUSUSUNKAN AKSARA CINTAKU
MENYUSURI LALANG-LALANG RINDU

WAHAI PUTERI
CINTA MATI INI KEKAL BERSEMADI
MENJADI TEMAN PENYERI HATI
DAN YANG AKAN KEKAL PASTI
DI SEBALIK HATI INI
NAMAMU TERUKIR UTUH BERDIRI


sudah baca thank you =)

2 orang berbicara:

naz & sya said... BALAS

this is tooooooooo jiwang. haha

sekeping hati said... BALAS

@naz hahaha jeles lettew :P

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA