Friday, 10 June 2011

Kronologi Cinta

Cinta dan manusia.

Ianya seperti sinonim di dalam kata - kata. Sebut saja manusia mana tidak punya cinta. GILA. Dari sebesar cinta padaNYA sehingga sesama manusia. Dituruti cinta pada haiwan dan tumbuh - tumbuhan. Tidak lupa juga pada harta benda dan segala isi bumi ciptaanNYA.

Ertinya luas. Ada cerita gembira, ada duka. Ada bahagia, ada terseksa. Misteri bukan?

Lebih - lebih lagi cinta sesama manusia. Diklasifikasikan sebagai sesuatu yang unik dan penuh ragamnya. Kalau hendak dicerita semua gaya dan bentuknya, sangat banyak. Pelbagai cerita juga kita telah dengar dari sewaktu kita masih bersekolah dengan cinta monyetnya bermain surat di dalam buku yang ditinggal di bawah meja (aku pernah buat). Dengan cinta remaja yang macam - macam. Ada berjaya, ada gagal, ada ditipu, ada penipu, ada selesa sehingga ke gerbang pelamin. Sangat banyak kisahnya. Anda juga pasti ada bukan? 
KEH KEH KEH....(gelak jahat)

Anda pernah bercinta?

Pasti saja pernah. Kalau tak pernah bercinta sekalipun, pasti pernah terasa ingin bercinta bukan? Melihat kawan - kawan pergi keluar bersama, pergi makan bersama, tengok wayang, jalan pegang tangan(maksiat tu, jangan buat), dan macam - macam lagi kelakuan pasangan bercinta yang romantis di luar sana.

 " Best je aku tengok diorang tu. Macam hepi je kan " hati berbisik

pernah terfikir macam tu? Itu normal ok!




Bagi yang pernah kecewa dalam bercinta ni pula, memang ramai. Macam - macam perkara yang menjadi asbab perpisahan dalam sesuatu hubungan. Macam biasalah, bila kita tanya kaum hawa, disalahkan si adam. Bila bertanya pada kaum adam, disalahkan kaum hawa. Masing - masing ada ego tersendiri. Resam bercinta kan semua tu kawan - kawan?

Itu semua adat bercinta. Kegagalan itu datang untuk memberi pengajaran untuk kita memilih yang terbaik untuk masa depan kita. Kalau tak pernah gagal, apa kita tahu ciri - ciri untuk berjaya? Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan itu hanya ujian dariNYA untuk mengajar kita sebagai hamba. Jangan mudah berputus asa. Baiki mana yang lemah dan tambah apa yang kurang. Senyumlah kerana hari esok masih menanti dengan sinar UV yang cerah. HAHA

Sudahlah, makin panjang kalau aku teruskan.(memangla, tak kan makin pendek) Ini bukan entry jiwang, tapi sekadar pengenalan di blog ini. Harap ada yang sudi menerima kehadiranku ini. 

Assalamualaikum......:)

*err, kalau suka, boleh like. HAHA

penulis: haikal

sudah baca thank you =)

0 orang berbicara:

copyright@SEGALA PENULISAN TERCATIT DI BLOG NIE HAK MILIK CINTA DAN MANUSIA