semua pun pernah melaluinya kan? antara lelaki dengan perempuan, perempuan lebih susah untuk mengatasi masalah ini, mungkin jua kerana hatinya begitu rapuh untuk melalui hari-hari yang akan datang dengan berbekalkan semangat yang lemah
bahagia ataupun sengsara?berpisah kerana cinta membawa seribu erti dalam kehidupan, terpulang pada diri kita sendiri untuk memilihnya, bahagia ataupun sengsara? tanya pada hati...tidak kiralah sama ada kita yang meninggalkan ataupun ditinggalkan
otak adalah pusat kawalanhari pertama perpisahan adalah hari yang kritikal dari segi emosi dan tahap kewarasan, otak adalah pusat kawalan bagi seluruh anggota badan kita, jika anda menetapkan dalam minda anda mampu untuk mengharungi serta menanganinya...segala tindakan anda akan menjurus pada benda-benda yang positif
anda akan pulih daripada luka perpisahansekiranya anda hanya melakukan sesuatu perkara itu umpama melepaskan batuk di tangga, jangan harap anda akan pulih!
usah ragui kemampuan anda untuk pulih"aku sayangkan dye", "aku tak boleh hidup tanpa dye" apakah??? kata-kata tersebut seringkali didengari daripada mereka-mereka yang putus dalam bercinta, anda harus ingat sayang tidak bermakna harus memiliki
anda tak boleh hidup tanpa dye? sebelum anda bertemu dengan dye, sebelum anda kenal apa itu erti cinta bersamanya...boleh je pun anda hidup TANPA DYE
kenapa selepas anda bertemu dan bercinta dengannya anda boleh mengatakan anda tidak mampu untuk hidup tanpa dye?
kemon (come on) laa kemon (come on) laa, usah rasa ragu-ragu untuk pulih, untuk terus bangkit, anda harus yakin anda mampu untuk pulih dan meneruskan kehidupan tanpa dye di sisi anda
setiap yang bermula pasti akan berakhirsetiap kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan, apa yang susah akan menjadi senang di akhirnya, jika anda terluka hari ini, tidak bermakna anda akan terluka untuk selama-lamanya
luka tersebut pasti akan berakhir cuma ianya memerlukan masa, selama mana yang diperlukan untuk sembuh? ianya bergantung pada individu tersebut
hati berbicara: kekuatan usah ditunggu tetapi harus di cari
p/s: selepas ini terdapat sambungannya
3 orang berbicara:
Putus Cinta . adoyy , mmg sukar nak diterima kalau putus cinta dengan orang yang kita sayang lebih2x lagi kalau orang yg kita sayang tu yg meninggalkan kita . tapi , ada ubatnya . kita kenalah belajar menerima kenyataan , belajar menganggap yg suma yg terjadi nie ada hikmahnya . bukan begitu ???
@amirun_idzney
yup begitu tapi masih ramai yang tak sedar apabila mereka berhadapan dengan situasi tersebut, moga-moga mereka akan sedar, mencintai tak seharusnya memiliki =)
yaa masih ramai tak menyedarinya lagi. mencintai tak seharusnya memiliki. mmg betul dan kita jugak harus sedar bahawa setiap yang terindah pernah kita miliki, suatu hari nanti pasti akan pergi meninggalkan kita juga. pasti akan pergi :)
Post a Comment